TENTANG KAMI
Ditubuhkan sejak dari 17 September 1997
Coshare menawarkan pembiayaan khas yang eksklusif untuk kakitangan kerajaan & badan berkanun sahaja.
Kami menawarkan Pembiayaan Peribadi Coshare di bawah skim Murabahah Pembiayaan Peribadi-i yang kini menjadi pilihan utama di pasaran. Pembiayaan ini adalah 100% patuh Syariah dan berteraskan prinsip kewangan Islam.
KENALI COSHARE
Coshare Holdings Berhad, atau lebih dikenali sebagai Coshare, ditubuhkan pada 17 September 1997 di bawah Akta Syarikat 1965. Ia merupakan salah satu agensi potongan gaji yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Akauntan Negara.
Coshare bukan nama baru dalam bidang pemberian pinjaman; sebelum ini, fokus utama adalah kepada pembiayaan pengguna (Consumer Loan).
Perkhidmatan yang kami sediakan adalah sepenuhnya percuma, tanpa sebarang caj dikenakan kepada pelanggan.
Pembiayaan ini khusus untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja. Anggota tentera, pekerja sektor swasta, individu bekerja sendiri, serta pesara tidak layak memohon.